🍝 Rakyat Malaysia makan mee segera secara berlebihan iaitu 1.34 billion paket mee segera setahun
🍝 Mee segera tergolong dalam kategori “makanan sampah” kerana tidak mengandungi khasiat
🍝 Ramai yang prihatin soal “Halal” mee segera tapi tidak memikirkan kesan buruk mee segera jika di makan secara kerap dan berlebihan
🍝 Ia mengandungi pelbagai bahan perisa berlebihan yang tidak baik untuk kesihatan seperti garam, gula, bahan pengawet
🍝 Industri makanan menggunakan propaganda “mudah, cepat (2 minit) dan lazat” bagi mempromosikan produk mee segera
🍝 Kajian di Korea Selatan menunjukkan pengambilan mee segera berlebihan menyebabkan penyakit Metabolik seperti kencing manis,darah tinggi dan penyakit jantung.
🍝 Wanita lebih berisiko berbanding lelaki untuk mendapat kesan buruk dari mee segera
🍝 Mee segera juga menyebabkan depresi dan masalah alahan kulit
🍝 Kajian terperinci mengenai kesan jangka masa panjang pengambilan mee segera masih belum banyak di jalankan
✅ Masyarakat di sarankan untuk mengurangkan pengambilan mee segera
ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di https://t.me/drsamhan