KEMURUNGAN

🌤️ 9 gejala yang menunjukkan anda alami kemurungan:

☀️ Berat badan merosot (~5%) daripada asal dalam waktu yang singkat atau kurang selera makan

☀️ Perasaan murung atau sering marah-marah hampir sepanjang hari dan hampir setiap hari dalam tempoh 2 minggu

☀️ Tidak bersemangat atau tidak berminat melakukan aktiviti sosial yang biasa dilakukan hampir setiap hari

☀️ Selalu letih dan kurang tenaga dalam melakukan aktiviti harian

☀️ Corak tidur berubah, sama ada kurang tidur (insomnia) atau terlebih tidur (hypersomnia)

☀️ Perasaan bersalah yang tidak setimpal dengan sesuatu kesalahan perbuatan atau merasakan diri tidak berguna

☀️ Tidak mampu memberikan konsentrasi atau berfikir secara rasional

☀️ Berfikir tentang keinginan untuk mati atau bunuh diri dengan kerap, atau mempunyai pelan masa hadapan untuk membunuh diri

☀️ Perubahan dalam melakukan aktiviti seharian, sama ada terlebih aktif atau kurang aktif

☝🏼 Lakukan ujian saringan dan dapatkan bantuan segera

😃 Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di https://t.me/drsamhan saya banyak kongsikan tips menarik di sini

Leave a comment