Tentang Kami

Alhassan Printing

Alhassan Printing telah ditubuhkan dan mula beroperasi pada tahun 2012.

Alhamdulillah, kami masih kekal dalam industri hingga ke hari ini, dan tahun 2025 menandakan tahun ke-13 kami beroperasi.

InsyaAllah, kami akan terus melangkah ke hadapan dengan fokus untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan.

Terima kasih kepada semua pelanggan yang pernah dan masih berurusan dengan kami — ramai di antaranya telah menjadi pelanggan setia.

Kami amat menghargai sokongan anda semua. Terima kasih kerana terus menyokong kami.