‘Steady’lah pelanggan yang order baju MERDEKA TEE ni. Bila dah sarung, terus nampak kacak !
Untuk baju ni kami guna material kain Microfiber atau ramai orang panggil kain jersey. Jika anda peminat kain jenis cotton tiada masalah, boleh ‘request’.
Pakai santai santai, tak lama lagi dah masuk bulan kemerdekaan negara yang ke-63. Nak bawak bendera kulu kilir segan pulak kan. Jadi pakai baju tema kemerdekaan ni kira ok la..
Tempahan masih lagi dibuka. Ni link untuk order bit.ly/2OqrbU8
Fuh dia punya nama mistik betul. Ternyata bila dah rasa, memang rasa ‘tersantau’ nak lagi.
Semalam ada urusan di pekan Gemencheh, dah siap urusan terus singgah di RESTORAN HAFIZ TOMYAM & KATERING milik sahabat saya ni Abdul Hafiz Azam sebab nak hantar sticker Rondang Maman laku keras yang beliau tempah.
Itu yang jumpa menu Roti Santau. Restoran tepi jalan besar dekat sangat dengan sekolah Maahad Ahmadi Gemencheh. Nanti next time nak ‘try’ nasi goreng kambing pulak. Tengok orang sebelah order semalam macam lazat je..
Semua orang tahu apa yang dinyatakan sebagai hasad dengki. Malah, kita mungkin pernah mengalami perasaan ini, iaitu satu perasaan irihati terhadap orang lain yang memiliki kebaikan atau kelebihan.
Ungkapan kawan ‘makan’ kawan mungkin tidak perlu diperjelaskan lagi kerana umum mengetahui maksudnya.
Memang setiap individu mempunyai baik dan buruk perilaku dalam diri, tetapi jika kita ikhlas untuk berkawan, tidak salah menegur dengan cara baik dan bukan ‘menikam’ dari belakang.
Kenapa berlaku kes khianat kawan sendiri?
Banyak sebab boleh dikaitkan dengan punca kawan ‘makan’ kawan. Dengki, cemburu, muak dengan perwatakan kawan antara punca buatkan seseorang tidak teragak-agak untuk mengkhianati kawannya.
Berdoalah supaya kita sentiasa berada dalam kebaikan & rahmat Allah SWT.
Rezeki bukan hanya merujuk kepada wang ringgit, sebaliknya rezeki termasuk pelbagai perkara seperti makan, minum, zuriat, pekerjaan, masa lapang, keluarga, kesihatan dan kesejahteraan.
Setiap Muslim perlu menyedari hakikat rezeki yang diterima datangnya daripada Allah SWT. Tidak ada satu bentuk rezeki yang tidak termasuk dalam kurniaan Allah SWT.
Memang benar, kita berusaha untuk mendapatkan rezeki, namun usaha itu bergantung sepenuhnya kepada ketentuan Allah SWT.
Luaskan pandangan, bersangka baik dengan Allah. Yakin dengan setiap rezeki yang Allah kurniakan.
Ada orang gajinya besar tapi bertahun mendirikan rumah tangga namun belum lagi diberikan rezeki anak.
Lain pula situasinya dengan satu keluarga yang lain. Gaji tidak lumayan, kadang-kadang cukup-cukup makan. Tetapi rumah yang sempit ini meriah dengan kehadiran anak-anak.
Jangan kita membandingkan diri kita dengan orang yang di atas. Sebaliknya bandingkan diri kita dengan orang yang di bawah.
Kita akan menjadi manusia yang bersyukur dan menikmati setiap rezeki Allah berikan. Jangan simpan di minda dan hati, material adalah segalanya.
๐ฒ Hilang selera makan ๐ฝ Sembelit dan cirit berpanjangan ๐ฌ๏ธ Selalu rasa kembung dan sebu ๐ด Cepat letih dan penat โ๏ธ Berat badan turun tanpa punca ๐ข Ketulan atau kesakitan di bahagian perut
โ๐ผ Jangan tunggu, dapatkan pemeriksaan segera. Ia mungkin gejala kanser usus
๐ฌ Kanser usus merupakan kanser utama bagi lelaki di Malaysia. Dan kanser kedua tertinggi bagi wanita. Malangnya di Malaysia, majoriti (54%) kes kanser usus di kesan pada tahap 3 dan 4
โญ Punca Kanser Usus:
๐ฅก๐ฅฉ Makanan proses, makanan segera dan daging merah
๐ฅฆ Tidak makan buah dan sayuran
๐ฌ๐บ Merokok dan minuman alkohol
๐ Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di https://t.me/drsamhan saya banyak kongsikan tips menarik di sini
๐ฒ Hilang selera makan ๐ฝ Sembelit dan cirit berpanjangan ๐ฌ๏ธ Selalu rasa kembung dan sebu ๐ด Cepat letih dan penat โ๏ธ Berat badan turun tanpa punca ๐ข Ketulan atau kesakitan di bahagian perut
โ๐ผ Jangan tunggu, dapatkan pemeriksaan segera. Ia mungkin gejala kanser usus
๐ฌ Kanser usus merupakan kanser utama bagi lelaki di Malaysia. Dan kanser kedua tertinggi bagi wanita. Malangnya di Malaysia, majoriti (54%) kes kanser usus di kesan pada tahap 3 dan 4
โญ Punca Kanser Usus:
๐ฅก๐ฅฉ Makanan proses, makanan segera dan daging merah
๐ฅฆ Tidak makan buah dan sayuran
๐ฌ๐บ Merokok dan minuman alkohol
๐ Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di https://t.me/drsamhan saya banyak kongsikan tips menarik di sini
Kami nak share berkenaan namecard atau business card.
Penting untuk seorang usahawan ada bisnes kad. Untuk perkenalkan bisnes, produk kepada bakal pelanggan.
Kami berikan #TIPS cara untuk berikan kad. Pastikan kita berikan 2 keping kad kepada pelanggan. Sekeping lagi kad tadi minta pelanggan berikan kepada rakan, kenalan dia yang lain.
Oh ya, jika kebetulan tuan tuan memang nak buat bisnes kad..boleh wasap kami sekarang.
Tekan link ni untuk borak borak pasal bisnes kad, ada promosi ye sekarang !
Jika kita betul, maka tidak perlu untuk marah dan sekiranya salah, maka kita tidak ada hak untuk marah.
Kesabaran dengan keluarga adalah cinta, Kesabaran dengan orang lain adalah rasa hormat, Kesabaran dengan diri adalah keyakinan.
Jangan terlalu memikirkan tentang masa lalu, itu membawa air mata. Jangan berfikir lebih tentang masa depan, itu membawa ketakutan. Hiduplah saat ini dengan senyum.
Setiap ujian yang datang dalam hidup akan manjadikan kita samaada lebih baik atau sebaliknya. Setiap masalah yang datang samaada menjadikan kita kuat atau menghancurkan kita. Pilihan adalah milik kita, apakah kita menjadi mangsa atau pemenang.
Cari hati yang indah, bukan wajah cantik. Perkara indah tidak selalu baik, tetapi perkara yang baik selalu indah.
Seekor belalang telah lama terkurung didalam sebuah kotak. Suatu hari ia berjaya keluar dari kotak yang mengurungnya itu. Dengan gembira ia melompat-lompat menikmati kebebasannya.
Di perjalanan ia bertemu dengan seekor belalang lain. Namun ia keheranan kenapa belalang itu boleh melompat lebih tinggi dan lebih jauh darinya. Dengan perasaan ingin tahu ia menghampiri belalang itu, dan bertanya, โMengapa kau boleh melompat lebih tinggi dan lebih jauh, padahal kita tidak jauh berbeza dari usia ataupun bentuk tubuh?โ
Belalang itupun menjawabnya, โDimanakah kau tinggal selama ini? Kerana semua belalang yang hidup dialam bebas pasti boleh melakukan seperti yang aku lakukanโ. Ketika itu si belalang baru tersedar bahawa selama ini kotak tempat ia tinggal itulah yang menjadi punca lompatannya tidak sejauh dan setinggi belalang lain yang hidup di alam bebas.
Kadangkala kita sebagai manusia tanpa sedar pernah juga mengalami hal yang sama dengan belalang. Persekitaran kita yang buruk, penghinaan, trauma masa lalu, kisah kegagalan, kata-kata kawan atau jiran sekeliling, seolah-olah membuat kita terkurung dalam kotak yang menghalang semua kelebihan kita.
Kita lebih mempercayai mentah-mentah apa saja orang lain cakap kepada kita tanpa pernah berfikir benarkah kita separah itu? Bahkan lebih buruk lagi, kita lebih memilih untuk mempercayai mereka daripada mempercayai diri sendiri.
Tidakkah kita pernah tanyakan kepada hati nurani bahawa kita boleh โmelompat lebih tinggi dan lebih jauhโ kalau kita mahu menyingkirkan โkotakโ itu? Tidakkah kita ingin membebaskan diri agar kita boleh mencapai sesuatu yang selama ini kita anggap diluar kemampuan kita?
Beruntung sebagai manusia, Tuhan beri kita kemampuan untuk berjuang, tidak hanya menyerah begitu saja pada apa yang kita alami.
Kerana itu sahabat, teruslah berusaha mencapai apapun yang anda ingin capai. Memang sakit, memang penat, tetapi bila anda sudah sampai kepuncak, semua pengorbanan itu pasti terbayar.
Kehidupan kita akan lebih baik jika hidup dengan cara hidup pilihan kita. Bukan cara hidup yang seperti orang lain pilihkan untuk kitaโฆ