CPR

💬 CPR (cardiopulmonary resuscitation) adalah bantuan sementara untuk mengantikan fungsi jantung dan paru-paru yang telah berhenti berfungsi

🧒🏻 Ia boleh dilakukan sesiapa sahaja asalkan mereka telah dilatih

👨‍👩‍👦‍👦 Bukan semua pesakit yang pengsan perlu di beri CPR

💬 Ia hanya dilakukan sekiranya:
❤️ Jantung dan paru-paru berhenti berfungsi
❤️ Pernafasan terhenti – dada tidak lagi turun naik
❤️ Degupan nadi tidak lagi dikesan

💝 Jika nadi masih berdenyut dan individu yang pengsan masih bernafas, jangan pula anda CPR

💔 Ia akan menggangu degupan jantung dan mencederakan organ

👋🏼 Tepuk di tangan bukan rawatan kecemasan untuk serangan jantung

📲 Boleh lihat dan belajar CPR di link:
https://youtu.be/MWOGI2mXuG4

😃 Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di https://t.me/drsamhan saya banyak kongsikan tips menarik di sini

EKIN’S POPCORN CARAMEL

FUHHH ! RASA KARAMEL YANG MENG’ASYIK’KAN. TAK BOLEH BERENTI KUNYAH !…MEMANG PADU SEDAP..FULL CARAMEL BAK HANG !

SILA SIMPAN STOCK LEBIH..KOMPEM TAK CUKUP SEBALANG !

EKIN’S POPCORN CARAMEL. “Kunyah-kunyah abis!”

Aduhai..tangkap leleeehh😋

Kudap kudapan yang wajib anda cuba. Boleh la makan makan sambil tengok tv dengan keluarga tersayang.

Kena beli lebih sikit, simpan stock..takut tak cukup je kalau beli sebalang !

Adunan secukup rasa Bijiran Jagung Premium, Campuran Karamel & Popping Oil.

Nah..order disini👇
bit.ly/2YrIeuZ
bit.ly/2YrIeuZ
bit.ly/2YrIeuZ
bit.ly/2YrIeuZ

💡TIDUR DENGAN LAMPU TERBUKA💡

📋 Kajian terkini yang melibatkan 43,722 wanita di US mendapati individu yang tidur dalam keadaan TV atau lampu terpasang dikaitkan dengan:

⚖️ Peningkatan 5 kg berat badan atau lebih
📥 Peningkatan risiko 10% BMI
🥑 Risiko lebih tinggi untuk berlebihan berat badan (overweight) atau obesiti

🐁 Kajian yang dilakukan pada haiwan di makmal menyokong hipotesis kesan cahaya lampu kepada Melatonin regulasi ‘body clock’ yang mengawal tidur-sedar manusia

☝🏼 Namun, pengambilan makanan berkalori tinggi dan gaya hidup tidak aktif masih merupakan punca utama obesiti

😃 Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di https://t.me/drsamhan saya banyak kongsikan tips menarik di sini

SOMBONG

SEBETULNYA sombong bukanlah lagi suatu sikap tetapi sebenarnya suatu penyakit. Apabila dikelompokkan sebagai penyakit, maka perlulah dirawat penyakit sombong tersebut.

Pun begitu, penyakit itu amat sukar dirawat kerana empunya diri tidak pernah mengakui bahawa mereka ada penyakit berkenaan. Tambahan pula, penyakit sombong ini tidak boleh dikesan secara saintifik sebagaimana penyakit biasa.

Penyakit sombong juga disebabkan mereka telah mencapai kejayaan yang cukup tinggi di mana orang lain tidak berupaya mencapai kejayaan sepertinya. Malah penyakit sombong juga berlaku kerana ingin mendapatkan perhatian daripada orang lain.

Di antara ciri-ciri mereka yang berpenyakit sombong ialah suka dipuji dan bercakap tentang kehebatan dan kejayaan dirinya.

Kebiasaannya, mereka tidak mempunyai ramai kawan bukan kerana orang lain tidak mahu mendekati mereka, namun mereka yang sebenarnya tidak perlukan kawan. Hanya individu tertentu yang boleh menjadi kawan mereka. Malah, mereka tidak pernah berasa salah serta payah hendak meminta maaf.

Selain itu, mereka juga payah menerima teguran dan akan menyerang balik jika berasa dirinya diserang. Tambahan pula, mereka akan mengkritik sesiapa sahaja yang tidak disukainya walaupun di depan khalayak ramai.

Hakikatnya, tidak sedikitpun perangai tersebut memanfaatkan dirinya dan juga orang lain.

Berdoalah secara istiqamah agar kita dijauhkan penyakit sombong ini.

Wallahu’alam

🤎TANDA-TANDA MASALAH HATI🤎

🙎 Kulit menjadi kekuningan (jaundice)
🙎 Sakit dan bengkak dibahagian perut
🙎 Kulit gatal gatal
🙎 Kencing berwarna teh gelap
🙎 Najis menjadi pucat, berdarah, atau kehitaman
🙎 Sentiasa lesu
🙎 Hilang selera makan
🙎 Mudah lebam dan berdarah

💬 Walaubagaimanapun, kebanyakan individu yang mengalami masalah hati tidak menyedari sebarang gejala

💬 sehinggalah terjadi komplikasi seperti Cirrhosis dan Kanser

☝🏼 Jika anda mempunyai sebarang gejala, dapatkan pemeriksaan lanjut

😃 Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di https://t.me/drsamhan saya banyak kongsikan tips menarik di sini

EKIN’S POPCORN CARAMEL

FUHHH ! RASA KARAMEL YANG MENG’ASYIK’KAN. TAK BOLEH BERENTI KUNYAH !…MEMANG PADU SEDAP..FULL CARAMEL BAK HANG !

SILA SIMPAN STOCK LEBIH..KOMPEM TAK CUKUP SEBALANG !

EKIN’S POPCORN CARAMEL. “Kunyah-kunyah abis!”

Aduhai..tangkap leleeehh😋

Kudap kudapan yang wajib anda cuba. Boleh la makan makan sambil tengok tv dengan keluarga tersayang.

Kena beli lebih sikit, simpan stock..takut tak cukup je kalau beli sebalang !

Adunan secukup rasa Bijiran Jagung Premium, Campuran Karamel & Popping Oil.

Nah..order disini👇
bit.ly/2YrIeuZ
bit.ly/2YrIeuZ
bit.ly/2YrIeuZ
bit.ly/2YrIeuZ

🧿UBAT TITIS MATA🧿

💬 Ubat titis mata tidak menyembuhkan:
👁️ Selaput mata
👁️ Katarak
👁️ Rabun jauh
👁️ Rabun dekat
👁️ Astigmatism

☝🏼 Jangan titik sebarangan

🍼 Produk tidak sterile
🍼 Risiko jangkitan mata
🍼 Mengandungi bahan beracun berjadual
🍼 Jenis ubat titis yang mengandungi cecair steroid boleh berisiko Steroid induced Glaucoma dan kebutaan

👨🏻‍💼 Sekiranya ada mana mana pihak yang mendakwa ubat titis mata mampu merawat dan menyembuhkan masalah mata seperti katarak, selaput mata, rabun jauh dan dekat ?

☝🏼 ketahuilah ia adalah penipuan semata-mata

😃 Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di https://t.me/drsamhan saya banyak kongsikan tips menarik di sini

🏨TIPS MELAWAT PESAKIT🏨

🛌 Telefon atau bertanya terlebih dahulu sebelum datang

🛌 Tidak perlu beri saranan dan nasihat seperti mencadangkan ubat atau rawatan sekiranya anda bukan benar benar mahir dalam merawat

🛌 Jika berkemampuan hulurkan sedikit sumbangan

🛌 Berhati-hati dengan tuturkata dan soalan yang sensitif seperti “mengapa dan bagaimana boleh dapat masalah ini”

🛌 Beri kata semangat dan positif

🛌 Ucapkanlah doa buat pesakit

💬 Dalam suasana yang meriah, ada juga yang kurang bernasib baik dan diduga dengan pelbagai masalah kesihatan

😃 Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di https://t.me/drsamhan saya banyak kongsikan tips menarik di sini

SALAM JUMAAT

Bismillah.

JUMAAT
26 Jun 2020
04 Zulkaedah 1441H

☆Al Hassan Printing☆
⬇️Waktu Operasi⬇️
Isnin-Jumaat | 10 pagi-6 ptg
Sabtu | 10 pagi-1 ptg
Ahad | TUTUP

#StaySafe

#alhassanprinting

t-shirt | banner/banting | medal | trophy | plaque | merchandise | embroidery | premium gift | sticker | name card | flyers | flag |

‘Like & Share’ page kami⬇️

Facebook_alhassanbizprinting

Instagram_alhassanprinting

http://www.alhassanbiz.com

BAHAYA MENGOREK TELINGA

👂🏼Mengapa anda berasa sedap apabila mengorek telinga ?

☝🏼 Doktor mencegah dari mengorek telinga dengan objek asing

⛑️ Kerana akan mengakibatkan lapisan lilin di lubang telinga menjadi mampat dan menyumbat telinga

⛑️ Boleh menyebabkan risiko kecederaan gegendang telinga pecah dan jangkitan

🤔 Tetapi mengapa ramai yang suka mengorek telinga dan berasa sedap dengan tindakan tersebut ?

☑️ Rongga telinga memiliki sistem saraf yang sensitif dan kompleks. Rangsangan atau sentuhan kepada saraf ini memberi sensasi yang sedap dan seronok

☑️ Kawasan yang jarang disentuh, oleh itu ia amat sensitif

☑️ Beranggapan lubang telinga perlu sentiasa dibersihkan

☑️ Atau mungkin namanya “tahi telinga”, oleh itu anda merasakan ia perlu di cuci

🛍️ Fakta “tahi telinga”:

⚕️ lapisan lilin yang sangat penting dalam melindungi struktur dalaman telinga anda

⚕️ Mengandungi kandungan antibakteria yang mencegah jangkitan

⚕️ Memerangkap habuk, serangga dan air dari masuk

☝🏼 Sekiranya anda ingin bersihkan rongga telinga. Cukup dengan membersihkan kawasan luar telinga dengan tisu di hujung jari

😃 Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di https://t.me/drsamhan saya banyak kongsikan tips menarik di sini