๐ฅซ Jangan simpan makanan bertin yang telah dibuka di dalam peti sejuk
๐ Sekiranya perlu, pindahkan ke bekas lain yang bertutup
๐ Jangan simpan makanan yang telah dimasak di dalam peti sejuk lebih dari tiga hari
๐ฅก Elakkan hidang makanan lebih dari 4 jam
๐จ๐ผโ๐ณ Pastikan pengendali makanan memakai apron dan penutup kepala yang bersih, tidak memakai aksesori seperti jam dan barang kemas, menggunakan penyepit makanan dan tidak merokok
๐ช Asingkan papan pemotong untuk makanan mentah dan yang telah dimasak
๐ง Tiga kaedah nyahbeku bahan mentah:
๐ฅฉ Letak dibawah air yang mengalir
๐ฅฉ Letak di dalam chiller
๐ฅฉ Guna microwave (pilih defrost)
๐ Pilih ayam mentah yang tidak lebam, tidak berbau busuk, tidak berlendir, isinya pejal dan anjal
๐ Pilih ikan mentah yang mata jernih, tidak terbenam, insang berwarna merah cerah, isi pejal dan anjal
Kongsikan tip pemakanan bersih dan selamat ini pada keluarga tersayang anda. Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan yang lain https://t.me/drsamhan