Lega rasanya. Bila pelanggan dari Sabah sudah terima barang harini.
Pos 16 Mei 2020, sebelum Hari Raya. Harini baru pelanggan terima barang. Fuhh !
Mungkin ramai yang alami situasi yang sama. Bertabahlah. Pelanggan hari hari tanya barang, stress juga.
Check online, status barang masih dekat kurier, tak gerak gerak. Telefon tah usah cakapla, memang line sibuk memanjang.
Bila pelanggan bagitahu barang dah terima, ibarat macam batu atas kepala dah dialihkan.😅
Apapun terima kasih kepada pelanggan, anda sememangnya ohsem, sanggup tunggu walaupun kami dah bagi pilihan untuk refund semula duit.
Terima kasih juga untuk pihak kurier, kami faham dengan lambakan barang yang terlalu banyak. Barang tetap selamat sampai kepada pelanggan walaupun lambat.
Hati hati dengan jenayah siber khususnya jenayah penipuan atau scam.
Kita selalu terbaca dan ternampak di media cetak ataupun media sosial berkenaan scammer.
Ada yang kerugian ratusan ribu ringgit. Begitu mudah terpedaya sehingga dijerat menjadi mangsa scammer.
Sudah jatuh, ditimpa tangga. Begitulah ibaratnya. Lebih parah mangsa berisiko terlibat dalam masalah sosial dan jenayah lain seperti keruntuhan rumah tangga, pinjaman ah long, jenayah kekerasan sehinggalah kepada pembunuhan.
Penipuan scammer boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, daripada golongan professional sehinggalah kepada kelompok pesara kerajaan, nelayan, petani, kakitangan kerajaan dan swasta termasuklah warga emas dan pelajar.
Masih ramai sebenarnya kurang pendedahan mengenai kegiatan scammer. Sebab itu jenayah berkenaan terus berleluasa dan scammer mengambil kesempatan atas keadaan tersebut.
Penting untuk kita berhati-hati menyerahkan salinan fotokopi kad pengenalan ketika melakukan sebarang urusan.
Boleh ‘google’ cara untuk buat tanda pada setiap salinan fotokopi, supaya dapat mengelakkan ia diguna pakai kali kedua oleh individu tidak bertanggungjawab.
Sama sama kita beringat, awasi ibubapa kita di kampung, selalu ingatkan mereka tentang scammer ni.
Jangan sewenang-wenangnya mendedahkan maklumat peribadi, nombor telefon, akaun bank jika tiada keperluan atau kepentingan untuk berbuat demikian.
Kepakaran utama kami adalah dalam penghasilan baju korporat lelaki, baju korporat wanita dan juga baju korporat wanita muslimah labuh. . Kami juga menawarkan lebih 200 pilihan design baju korporat lelaki & wanita jenis ready made. . Kami sedia untuk menawarkan harga baju korporat dengan sangat berpatutan dan berkualiti demi kepuasan anda. … YANG PENTING !, TIADA MINIMA ORDER..SEHELAI PUN BOLEH..!! . . PERHATIAN; JIKA SERIUS BERMINAT;
Memakan buah-buahan dan sayuran secara kerap boleh membersihkan usus kita dan merendahkan risiko untuk jatuh sakit.
Serat dalam sayuran buahan akan membersihkan dinding usus dan toksin dari dalam badan.Paling penting jangan lupa sarapan setiap pagi supaya anda kekal bertenaga sepanjang hari.
2. ELAKKAN MINUMAN BERKAFEIN
Kebanyakan kita suka mengambil minuman berkafein untuk sarapan kan?Sebenarnya kafein boleh mengganggu penghadaman dan penyerapan zat penting dari makanan.Ini menyebabkan badan kita menjadi lesu dan letih.
Dalam satu kajian,minum teh dan makan secara serentak menghilangkan zat besi sebanyak 89%.Jadi korang boleh lah berhenti meminum air yang mengandungi kafein ataupun sekurang-kurangnya cuba kurangkan.
3. BERSENAM
Sekurang-kurangnya kita perlu bersenam seminggu sekali.Banyak manfaat yang anda akan dapat dengan bersenam.Antaranya ialah dapat meningkatkan kekuatan dan daya tahan,mengurangkan paras tekanan,mengawal tekanan darah dan banyak lagi
4. AMBIL MAKANAN TAMBAHAN
Bagi kita yang bekerjaya mungkin kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjaga pemakanan.Apa yang anda boleh ialah ambil makanan tambahan ataupun “supplement” yang sesuai,ini pasti dapat meningkatkan kesihatan kita ke tahap optimum.
5. DAPATKAN TIDUR YANG CUKUP
Tidur yang berkualiti penting untuk memastikan tubuh kita cukup rehat.Bila tubuh kita cukup rehat,kita akan segar dan bertenaga untuk melakukan aktiviti harian keesokan harinya.
Kurang tidur boleh menyebabkan anda kurang tumpuan di siang hari,obesiti,depresi dan banyak lagi masalah kesihatan.Jadi pastikan anda tidur selama 6 jam setiap hari.
Beberapa tips yang kami kongsikan ini adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan dan ingin meningkatkan kualiti hidup.Mungkin dengan usaha yang sedikit anda dapat mengubah hidup menjadi lebih sihat,produktif dan berjaya dalam kerjaya anda.