Baju ni khas untuk memori tahun 2020 gais. #MalaysiaLockdown, yang pasti kita akan kenang sampai bila bila. Sarung baju ni tanda anda sama sama berjuang melawan musuh halimunan Covid-19.
Design simple, tak huru hara sangat..tapi ‘smart’. Harga tak mengarut & harga mampu bayar.
Jom gais, grab sehelai dua atau ambil 5 helai terus kami bagi #Free sehelai. Simpan sebagai kenangan !!
👕 TSHIRT PREMIUM dengan 2 pilihan warna baju (NAVY BLUE & BLACK) 👕 Kain Cotton Premium (190gsm) 👕 Kain sejuk dan serap peluh 👕 Size (XS-5XL) 👕 Hanya RM25 termasuk postage ‼️
PERCUMA SEHELAI UNTUK SETIAP PEMBELIAN 5 pcs keatas.
Tinggalkan comment ‘NAK’ atau tekan link untuk order sekarang.
Biasakan diri sentiasa ucap terima kasih kepada orang yang sudi membantu kita.
Nampak seperti mudah, percayalah ramai yang terlepas mengucapkan perkataan tersebut. Jangan sampai orang nilai kita sebagai sombong.
Mulakan dirumah, ajar anak anak kita supaya sentiasa ucapkan terima kasih seperti ‘terima kasih ibu kerana masak untuk kami’, ‘terima kasih ayah kerana hantar dan jemput kami dari sekolah’. Malah ibu ayah pun perlu lakukan perkara yang sama. Ucaplah terima kasih kepada anak selepas minta pertolongan mereka.
Mudahnya begini, jika kita sentiasa melafazkan terima kasih kepada orang yang membantu kita, sudah pasti orang lain pun begitu juga.
Praktiskan di mana mana sahaja. Di sekolah, tempat kerja, tempat awam. Orang yang berniaga, biasakan ucap terima kasih kepada pelanggan anda, percayalah mereka akan kembali lagi ke kedai anda berpunca daripada ucapan terima kasih tersebut.
Ucaplah terima kasih, tidak rugi pun kita selalu berterima kasih. Semak semula diri kita, jenis selalu berterima kasih atau sebaliknya.
Oh ye, Terima kasih kerana sudi membaca catatan ini.❤
Selamat menyambut bulan Ramadhan Kareem tahun 2020/1441H kepada semua pelanggan.
Sudah pasti Ramadhan kali ini paling istimewa buat seluruh umat Islam. Menjadi sejarah dan kenangan dalam hidup kita yang mana umat Islam berpuasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berjuang melawan musuh halimunan Covid-19.
Kebiasaan sepanjang Ramadhan tahun-tahun sebelumnya seperti Solat Tarawih, Bazar Ramadhan, Buffet Ramadhan tidak lagi kita semua dapat lakukan pada Ramadhan kali ini.
Tidak mengapa, anggaplah ini jihad kecil kita, yang penting kita dan ahli keluarga semua selamat dari Covid-19. Terus kekal dirumah, amalkan penjarakan sosial jika terpaksa keluar. Sentiasa kerap mencuci tangan dengan sabun.
Selamat menjalani ibadah puasa dengan sempurna, tawaduk & penuh keinsafaan. Semoga Allah menerima setiap amalan kita sepanjang Ramadhan tahun ini dan mendapat ganjaran sebaik-baik ganjaran. Amin
WHOOHA !! PELANGGAN TENGOK POSTER JER DAH TERPUKAU !!
Kalau anda owner bisnes, anda wajib ada poster yang membuatkan pelanggan terpesona dengan produk anda !
Produk yang bagus, sedap & memukau belum menjamin produk anda laku keras !
Poster perlu menarik, ‘First Impression’ dari pelanggan itu yang penting. Dengan lihat poster sahaja pelanggan dah terpukaw, pasti pelanggan akan ‘stalker’ lebih detail tentang produk anda..gitu.
Nak kami bantu design poster produk anda kelihatan seperti jenama antarabangsa?
Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing2.
Ada yg masih single… Ada yg nikah 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah.. Ada yg dah nikah 10 tahun tapi masih belum ada anak. Ada yg baru nikah bulan lepas, hari ni dah mengandung.
Ada yg grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap. Ada juga yg grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.
Ada yg muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal. Ada juga yg umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.
Zon masa kita semua tak sama… Jadi tak perlu merasa kita ‘tertinggal’ hanya bila nampak org lain lebih berjaya,masa kita belum sampai… Obama retired masa umur dia 55, tapi Trump ‘bermula’ pada umur 70. Hanya zon masa mereka saja yg berbeza. Tapi sama2 dapat jadi Presiden.
Ada yg dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yg dah ada cucu di umur yg sama… Malah ada yg baru menimang cahaya mata pertama di umur yg sama…
Ada yg ‘depan’ dari kita… Tapi ada juga yg ‘belakang’ kita. Semua org bergerak dalam laluan yg berbeza pada zon masa yg berlainan.
ALLAH ada perancangan berbeza utk kita semua. Jgn dengki, jgn sakit hati, jgn sedih… Mereka bergerak dgn zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.
You are not late. You are not early You are just on time. Jgn stress. Keep going..teruskan dgn apa yg dikerjakan.
Percayalah bahawa perancangan ALLAH jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.
Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?
Ada org, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. Difikiran nya siapa lah yg akan jaga aku bila aku dah tua nanti.
Ada org, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapa kah yg akan jaga aku bila aku dah tua nanti.
Ada org, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yg nak jaga aku nanti.
Ada org, anaknya semua lelaki….. Juga terfikir siapalah yg akan jaga aku nanti. Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku???
Ada org, anaknya semua perempuan, sama juga. Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing2.. siapalah yg nak jaga aku nanti.
Apa masalah kita sebenarnya?
Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia. Di tangan anak. Di tangan suami/isteri.
Walhal yg jaga kita itu ALLAH.
Berapa ramai org yg anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.
Berapa ramai juga org yg saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60, 70, 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada org yg usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak2 ada di sisi menjaga.
ltulah kita kata rezeki. Dan rezeki itu hak ALLAH. Yakin Yakin Yakin
Jgn runsingkan kerja ALLAH. Runsingkan kerja kita yg asyik tak siap ni.
Jgn runsing belum ketemu jodoh Jgn bising masih belum ada zuriat Jgn sedih hanya kerana beranak sorang Jgn kalut kalau hanya ada anak lelaki Jgn cemas jika hanya ada anak perempuan.
Lebih dari itu jgn takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.
Jgn pertikaikan… “eh nanti tua siapa nak jaga kau.” Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti Sempat ke kita tua?
Masa depan kita sentiasa dlm kekuasaan ALLAH. Dan ALLAH itu Maha adil. Setiap org akan dapat apa yg ALLAH kata dia layak dapat. Kuatkan pergantungan kpd ALLAH, itu yg paling penting.
Pendek kata ALLAH ADA. Jangan takut.
ALLAH sebaik-baik perancang ALLAH sebaik-baik pelindung
Ada pelbagai ragam pelanggan, kami bersyukur ditemukan dengan pelanggan yang baik-baik, semuanya senang kami berurusan.
Kami cuba sehabis baik untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan.
Ada juga kami lambat jawab pertanyaan melalui wasap atau tidak angkat panggilan telefon, berkemungkinan staf sedang sibuk, namun kami akan ‘reply’ semula secepat mungkin.
Segala kekurangan akan kami perbaiki. Dan itulah yang kami lakukan sejak dari awal perniagaan ini bermula, sentiasa perbaiki kelemahan yang ada.
Terima kasih kepada semua pelanggan setia kami. Untuk bakal pelanggan…kami sedia berkhidmat !
Alhassan Printing tak banyak, tapi sentiasa. Kami rakan percetakan anda !
Harini lelaki muslim masih belum dapat menunaikan solat Jumaat. Minggu kelima sepanjang tempoh PKP.
PKP tahap tiga bermula 15 April hingga 28 April 2020. Rakyat diminta terus memberikan kerjasama dan patuh arahan PKP.
Pertambahan bilangan kenderaan di atas jalan raya menunjukkan tahap ketidakpatuhan arahan PKP meningkat. Mereka yang ingkar akan dikenakan tindakan tegas-MKN
Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat yang terus bersabar dengan memberikan kerjasama dan terus patuh arahan PKP.
Kekal dirumah, amalkan penjarakan sosial jika terpaksa keluar. Kita mesti menang !
Anda ada produk sendiri ??..anda wajib buat LABEL STICKER produk anda sendiri..!!
TERKINI – minima order hanya 10 keping sahaja..!!, biar betul..!! sukar nak cari kedai yang boleh buat minima order macam ni kan..? tak perlu risau lagi, dengan kami anda boleh buat minima 10 keping jer LABEL STICKER produk anda.
PROMO kami ni memang KHAS untuk anda yang dah ada produk POWER sangat !!, tapi masih takde LABEL STICKER..🤔
Khas untuk anda… #PROMOSI label sticker semurah RM0.11sen sekeping..!!
Ye, 💰RM0.11sen sekeping📣📣 Murah yakmat !!
============
LABEL STICKER NI KHAS UNTUK;
. . ✓ ADA PRODUK SENDIRI – inilah masanye nak promote produk anda, supaya pelanggan anda respect bisnes anda . . ✓ PEMILIK2 KEDAI – Butik? Restoran? Kedai aksesori kereta? Kedai perabot? bengkel kereta? . . ✓ SERVIS – Servis aircond? Servis buat web? Repair laptop? Agen Takaful? Travel agency? Property? Bekam? no problem..memang sesuai untuk anda..! . . ✓ XDE KEDAI, TAPI ADA FB – boleh ker? knape x boleh plak.. Anda ada brand sendiri, boleh promote produk di Fb anda..pelanggan lebih yakin dgn produk anda.. . . ✓ SYARIKAT BESAR – of course kena ada LABEL produk sendiri..!! . .
KENAPA TUNGGU LAGI..?? “fast action,fast result”
=====================
KENAPA ANDA PERLU LABEL PRODUK SENDIRI..??
√ #LABEL STICKER dah siap potong, hanya tinggal tampal sahaja..memudahkan kerja anda..
√ #PROMOSI-sesuai untuk promote bisnes anda,hanya gunakan sticker utk luaskan empayar bisnes kecil anda..
√ MENYAKINKAN-bakal pelanggan anda lebih yakin dengan produk anda dengan label produk yg menarik..
√ #INFORMASI-sebagai info produk perniagaan anda, bakal pelanggan anda boleh mendapatkan maklumat berkaitan produk anda melalui label sticker..
√ #KAD NAMA-jika anda tiada bisnes kad, sticker pd produk blh menjadi gantian kad nama anda..
√ #PROFESIONAL-produk anda akan nampak lebih profesional, walaupun buat kat rumah jer..😘
√ #AGEN PEMASARAN-label sticker akan menjadi agen pemasaran anda yg percuma & tiada had kawasan sebaran..
√ #TANDA INGATAN-dengan adanye label sticker yg cantik semestinye pelanggan akan sentiasa ingat pada produk anda..
Lepas ni tak perlu susah-susah tumbuk belacan lagi.
“Saya & family memang dah biasa dengan sambal belacan dirumah..#SambalBelacanDapurIbu ni bagi saya memang sedap, memukau…rasanye yang sedap & secukup rasa sama seperti mak saya buat dirumah”.
Cuti PKP bersambung lagi. Sila duduk dirumah. Tapi perut asik lapar jer…’No problem’ gunakan sambal belacan ni tumis buat nasi goreng untuk sarapan pagi..’settle’ masalah !
Order ‘online’ sahaja, nanti tunggu abam kurier datang hantar. Stay at home, stay safe.